Kerjaya Politik & Aktiviti Kemasyarakatan Lai Chen Heng

Lai merupakan penggerak aktif dalam aktiviti persatuan dan politik sebagai ahli Parti KEADILAN Rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lai pernah menyandang jawatan Setiausaha di JKKK Kg Kenangan 18, Daerah Hulu Langat dalam tempoh 3 tahun dari 2015 - 2017. Dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, Lai aktif bergiat dalam persatuan-persatuan setempat, di mana kebanyakan beliau menyandang jawatan penaung.

Pada tahun 2015, Lai dilantik sebagai Ahli Jawantankuasa Cabang dan seterusnya dinaik pangkat menjadi Setiausaha Pengelola (Organizing Secretary) untuk KEADILAN Cabang Petaling Jaya Utara (kini Damansara) bawah naungan YB Elizabeth Wong Keat Ping (ADUN Bukit Lanjan). Lai kemudiannya memenangi jawatan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dan dilantik sebagai Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan semenjak 2018.

Di peringkat Parlimen pula, Lai diberi mandat untuk berkhidmat dalam Majlis Perwakilan Penduduk Wangsa (MPP) Maju, sebagai Timbalan Pengerusi MPP dan juga Pengerusi MPP WP Subzon 4 sehingga Mac 2020. Tahun yang sama juga melihat Lai memegang jawatan Pengerusi Komuniti HARAPAN Malaysia (KHM) Setapak, yang terletak di bawah naungan Jabatan Penerangan Malaysia.

Selain daripada jawatan-jawatan penting dalam Parti KEADILAN Rakyat, Lai merupakan perintis dalam pergerakan politik Kempen BEBAS Anwar pada tahun 2016, sebagai penyelia kempen dalam pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia

Dalam tempoh PRU 14, Lai ditugaskan di Wangsa Maju pada tahun 2017 sebagai penyelia kempen kepada calon Parti KEADILAN Rakyat, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew untuk Parlimen P116 Wangsa Maju dan dilantik sebagai Pegawai Khas beliau selepas pilihanraya umum. Lai mula bergiat aktif dalam isu kemasyarakatan setempat dengan hubungan yang baik dengan agensi-agensi kerajaan seperti DBKL dan PDRM. Tempoh PRU15 melihat Lai menjadi Pengarah Pilihanraya PRU 15 sehingga Oktober 2022. Selain daripada itu, Lai juga menyelia kempen-kempen pilihanraya di PRN Melaka 2021 dan PRN Johor 2022. Beliau masih duduk di atas pimpinan Pakatan HARAPAN Wilayah Persekutuan sebagai Ahli Jawatankuasa (Central Executive Committee).